بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah... Setinggi-tinggi kesyukuran ana lafazkan ke Hadrat Allah SWT kerana telah memberi ana ruang dan peluang untuk sekali lagi menulis diruangan yang sangat ana rindukan ini iaitu di laman blog ana sendiri. Syukur sekali lagi.
Sebetulnya kisah Perjalanan 18 Jam yang sangat besar nilanya ini pada ana telah pun berlalu beberapa hari yang lepas. Dek kesibukan waktu serta masa dicampur juga dengan sikap malas ana yang ana kira agak menjadi-jadi akhir-akhir ini, ana agak tidak berkesempatan untuk berkongsi kisah ini dengan sahabat-sahabat sekalian. Ana kira, pada tahun ini, boleh jadi ini adalah tulisan ana yang pertama secara jujurnya dan secara telusnya. Ana juga kira, kualiti penulisan ana pastinya semakin menurun dan pastinya semakin buruk sehinggakan ana merasa segan untuk meneruskan bait-bait kata dalam tulisan ini kerana khuatir ia tidak mampu memberi satu kepuasan kepada sahabat pembaca sekalian. Namun, itu hanyalah alasan kerana jika ana tidak bermula hari ini, pastinya ana tidak akan mampu untuk memperbaiki mutu dan kualiti penulisan ini sehingga ke akhirnya. Justeru, ana memohon jasa baik sahabat sekalian untuk terus memberi kritikan serta cadangan dan sokongan agar ana tidak mudah mengalah kepada nafsu sendiri. Syukran jazilan sahabat-sahabatku sekaliannya.
nian pudar iman di dada
nian bergelora nafsu dijiwa
bermula satu lembaran peristiwa
datang mengingat diri si hamba
pantas!!! dedaun kering menghijau kembali
semarak api membakar diri
nian menyerlah iman hati
terus mencari redha Ilahi
memelihara dalam fitnah
memulihara dalam noda
mencari dalam gelap
menemui dalam gulita
tersedia mutiara atas kota
tersisip emas menyuluh menyilau
tiada ada hirau puaka
lombong hitam jadi hamparan
ditujah, dicari, dihumbang, digali
diselokar, dilunyai sampai tiada maya
itulah hakikat penghidupan manusia
kerana buta, emas hanya dilihat saja
p/s: meskipun puisi diatas hanyalah sekadar luahan rasa dan hati serta mungkin bahasanya tidak semanis yang diluar sana, serta mungkin isinya jelas terang serta nyata, cuma apa yang ana cuba sampaikan adalah ia berkenaan perjalanan 18 jam ini.
BAB 1
MELAPAH DAGING
Ya, permulaan cerita ini adalah dengan melapah daging. Petang itu, usai Solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), aku dan seorang sahabat bernama Ustaz Zulhafiz meneruskan urusan seperti yang dirancang. Kami berdua pergi berjumpa dengan En Ishak bin Ahmad, Pegawai Bahagian Usahawan UTM bagi membincangkan berkenaan beberapa perkara termasuklah urusan Pendaftaran Syarikat, Pinjaman Mikro Kredit, Penyewaan Tapak Student Mall UTM dan beberapa lagi. Banyak maklumat dan nasihat berguna yang kami perolehi disini pada hari ini. Cukup membuka mata kami sebagai seorang usahawan mahasiswa yang pastinya sentiasa dahagakan ilmu yang berguna dan bermanfaat. Di sini juga, aku memperoleh satu tugasan baru, yakni menyediakan Draf Kertas Kerja Karnival Penulisan Selatan Peringkat Universiti Teknologi Malaysia. InsyaALLAH, akan aku cuba sahut cabaran ini dengan menyediakan beberapa bentuk draf semampu mungkin. Moga-moga ia membawa manfaat baik untuk diri ini mahupun orang lain. InsyaALLAH...
Selepas Solat Asar, kami terus bergegas ke lokasi seterusnya iaitu membantu melapah daging lembu seorang ustaz yang bertugas di Fakulti Tamadun Islam UTM sempena anaknya yang akan kahwin pada keesokan harinya. Moga dua hati yang bersatu ini kekal hingga ke akhirat dan mendapat barakah berpanjangan dari ALLAH. Amin Ya Rabbal Alamin. Sedar tak sedar, Azan Maghrib berkumandang dan kerja kami belum lagi selesai... huhu :) (saja je, masukkan perasaan sedikit). Jadi, aku mengambil keputusan untuk balik bersiap terlebih dahulu dan Solat Maghrib kerana pada malam tersebut yakni tepat jam 11.00 malam, aku akan menaiki Kereta Api untuk pulang ke Kelantan dan disinilah bermulanya kisah 18 jam yang sebenarnya. Selepas siap bersiap dan sebagainya, aku terus bergegas untuk menyambung tugasan melapah daging tadi walaupun asalnya dah tak mahu sambung, hehe... Asyik-asyik buat kerja tu, orang panggil makan pula... Aku apa lagi, perut memang dah lama berkeroncong sebab lepas Solat Jumaat tadi terus sambung dengan urusan lain, tak sempat nak makan tengah hari... Jadi, makan la kami semua... Ini adalah antara menu yang ada : Nasi Putih + Sup Daging + Sambal + Kepah = Terbaik :)
BAB 2
BERKEJAR
Sepantas tajuk, itulah yang saya hadapi. Akibat daripada kelekaan memakan nasi berlaukkan sup daging dan kepah, saya hampir lupa yang saya sepatutnya menaiki keretapi jam 11.00 malam dan seharusnya berada di Stesen Keretapi Kempas selewat-lewatnya 15 minit sebelum ketibaan. Apapun, kejar punya kejar, sempat juga saya menaiki keretapi tepat jam 11.00 malam di stesen tersebut sepertimana yang dijadualkan. Huh... Tak pernah saya menaiki kenderaan yang betul-betul menepati masa yang dijadualkan. Bayangkan, saya sampai di stesen keretapi tersebut jam 11.00 malam dan tanpa berfikir panjang terus sahaja menaiki keretapi tersebut tanpa sempat berterima kasih kepada kawan yang telah tolong menghantar saya ke stesen tersebut. Apapun, saya tetap mengucapkan terima kasih melalui mesej. Kan ada teknologi, apa salahnya kita guna kan?
 |
| Inilah keretapi yang dinaiki. Yang baru ni, negara kita beli dari Jepun kot... |
Dan, bermulalah perjalanan yang dipanggil 18 jam tersebut... Dan, bab ini berakhir dengan saya tidur sepanjang perjalanan meskipun tidak berapa selesa. Maklum sahaja, biasanya kalau naik keretapi, saya akan pilih tempat tidur, tetapi kali ini, hanya dapat tempat duduk sahaja. Bagaimanapun, Alhamdulillah kerana sebelah saya tak ada orang, jadi... apa lagi, dua-dua tempat duduk tu, saya yang punya. Dan, .zZ>>>
BAB 3
PAGI YANG MENGEJUTKAN
Tepat jam 6.15 pagi, aku terjaga dari tidur yang tidak berapa melenakan. Aduh... sakit rasanya leher akibat daripada cara tidur yang tidak berapa nak betul. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kerana dapat juga aku tidur meskipun tidak lena kerana di luar sana masih ramai yang tidak dapat tidur bukan sahaja akibat daripada penyakit atau kesakitan yang dialami, tetapi kerana penderitaan akibat perang dan sebagainya. Alhamdulillah kerana aku masih sempat menikmati tidur di malam hari ini meskipun dalam keadaan yang kurang selesa. Usai Solat Subuh, terfikir pula nak baca majalah yang baru sahaj diambil semalam. Ya, majalah baru yang bertajuk Q&A keluaran Galeri Ilmu. Majalah edisi 2 yang bertajuk "TAUFIQ PELENGKAP HIDAYAH" sebagaimana yang di dalam gambar dibawah.
 |
| Muka Hadapan Majalah Q&A Edisi 2 |
 |
| Muka Belakang Majalah Q&A Edisi 2 |
 |
| Antara tajuk yang mencuit hati saya di dalam Majalah Q&A Edisi 2 |
Setelah selesai membaca beberapa halaman daripada majalah tersebut, perut pula terasa kosong, berkeroncong bunyi... Lapar barangkali. Maklumlah semalam kan berkejaran dengan masa akibat daripada kesilapan sendiri jugak yang terlalu leka dengan urusan lain. Apapun, Alhamdulillah kerana sempat juga menaiki keretapi dan meneruskan perjalanan.
"Sungguh benar bahawa kita merancang namun disebalik setiap perancangan yang kita buat, pastinya perancangan dari ALLAH jauh lebih hebat dan pasti berlaku".
Berbalik kepada persoalan lapar, pada kebiasaannya di dalam banyak-banyak gerabak keretapi ini akan ada satu gerabak yang menjadi tempat makan atau lebih tepat dipanggil kantin. Pada kebiasaannya, kalau saya menaiki keretapi saya akan merehatkan diri di waktu pagi sambil minum Teh 'O Panas di gerabak kantin tersebut namun apa yang menyedihkan buat kali ini, jalan punya jalan dan cari punya cari, rupanya keretapi yang baru ini tidak menyediakan gerabak kantin. Jadi, agak sia-sialah perjalanan mencari gerabak tersebut. Tetapi sebelum itu, ada cerita jugak sebelum saya pergi mencari gerabak kantin ni, kan tadi saya dah kata bahawa perancangan ALLAH ni Maha Hebat. Ceritanya macam ini lebih kurang, sebelum saya pergi mencari gerabak kantin tersebut, saya ada berkenalan dengan seorang pak cik yang saya kira berumur kira-kira 40 tahun (namanya lupa pulak nak tanya) takkala selepas saya membasuh muka dan membetulkan rambut yang agak kusut akibat daripada terlalu lam menyandar di kerusi. Borak punya borak, maka tercetuslah idea mahu pergi minum air dan sarapan di kantin dan disinilah baru bermula kisah mencari gerabak tersebut. Alhamdulillah, ukhuwah terjalin dan bertambahlah pahala saya kerana menjalinkan ukhuwah lebih-lebih lagi antara sesama Muslim ni memang dituntut Nabi Muhammad SAW. Kan? Lupa pulak hadis yang berkaitan... Maaf ya :) Em... Cari punya cari dan begitulah pengakhirannya tidak jua kami temui sehinggalah kami tiba di Koc atau Gerabak yang bernombor dua, di sana kami telah berkenalan pula dengan seorang guru muda berbangsa Cina, tapi... Fasih berbahasa Kelate. Hebat kan orang Kelate? Tanpa mengira bangsa dan agama, kami tetap bersatu dan menggunakan bahasa yang sama, makan benda yang sama (halal ya...) meskipun bertahun-tahun merantau di negeri orang. Itulah antara kekuatan orang Kelate yang sering diperkatakan sebagai BERPUAK-PUAK oleh mereka yang tidak kenal dengan OGHE KELATE ... Banyak ilmu yang saya dapat dari Pak Cik dan Guru Muda yang saya baru kenali sebentar tadi... Hebat kan? Kita kena ingat bahawa ilmu ALLAH itu ada di mana sahaja, tinggal kita je nak ke tak, betul kan?
Begitulah ceritanya, setelah lama berborak dan bertukar-tukar pandangan, pendapat, idea serta sebagainya, kami masing-masing mengambil keputusan untuk balik ke gerabak atau koc masing-masing kerana penat berdiri lama-lama ni, tambahan pula masalah perut yang lapar tadi belum lagi selesai. Ha... di sinilah ada lagi satu peristiwa yang menarik untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Menarik ni, sangat menarik... Kawan-kawan semua nak tahu tak apa yang terjadi? Begini ceritanya... (saya mula dengan perenggan baru pulak ya)
Alangkah terkejutnya saya takkala tibanya saya ke koc saya kembali, ada seorang seseorang sedang duduk di tempat saya sambil membelek-belek Majalah Q&A Edisi 2 seperti dalam gambar diatas. Tapi tak mengapa... Rilek dulu... saya pun beli dulu roti dan air mineral dengan orang jual makanan dalam bentuk jaja kat dalam keretapi tu dan kemudiannya saya pun pergi ke tempat duduk saya dan minta izin dengan orang tu, (emm... senang citer saya gelarkan dia Pak Cik ya). Hehe... Sambil duduk tu, saya minum air mineral sedikit dan makan roti untuk alaskan perut yang dari tadi asyik kelaparan... Masa tu, tak banyak yang saya bualkan dengan pak cik yang duduk kat sebelah seat saya tu. Mungkin sekadar perkenalan ringkas sahaja memandangkan pak cik tu sendiri sedang khusyuk membaca halaman-halaman yang terdapat di dalam majalah tersebut. Nak dijadikan cerita, pak cik ni telah pun menjadi pelanggan saya dengan terjualnya Majalah Q&A ini (maksud saya jual kepada Pak Cik ni la). Alhamdulillah... Syukur kerana rezeki ALLAH itu ada di mana sahaja. Syukur Ya ALLAH kerana telah melimpah ruahkan rezekiMU walau dimana sahaja aku berada. Amin ya rabbal alamin.
Dan bermulalah sekali lagi kisah menarik antara aku dengan Pak Cik ni. Banyak yang kami bincangkan dan antaranya adalah Perihal Yakjuj Makjuj, Al-Maseh, Dajjal, Nabi Isa A.S. serta perihal Nabi Musa dan tidak ketinggalan juga perihal kiamat serta tanda-tandanya. Senang cerita, terlalu banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat dalam perjalanan ini. Sungguh berhikmah perjalananku kali ini. Maka benarlah bahawa kita ni perlu banyakkan berjalan kerana disana terdapat berbagai bentuk ilmu yang membawa kita kepada mengenal ALLAH dan juga mengenal diri kita. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
 |
| Ini adalah antara buku-buku yang saya lihat bermanfaat dan agak sesuai untuk sahabat-sahabat faham tentang perihal dajjal dan sebgainya. Minta maaf ya sebab saya tak berapa reti nak hurai... Banyak lagi yang saya perlu kaji. |
Antara sedar tidak sedar, tibalah kami di Stesen Keretapi Gua Musang. Alhamdulillah... Disini, kami (saya dengan pak cik tu la...) sempat untuk turun rehatkan diri sekejap sambil bersarapan. Alhamdulillah, dapat jugalah kami isi perut sedikit. Em.. kat bawah ada beberapa gambar yang sempat saya rakamkan bagi menampakkan peristiwa yang berlangsung :-
 |
| Sarapan di Gua Musang. Soya + Bahulu (err... x tau betul ke x ejaan) + Pulut Ikan Goreng |
 |
| Inilah Pulut Ikan Rebus Goreng tu... Best.... |
 |
| Pemandangan di Stesen Keretapi Gua Musang (ini sebelah kanan, bukan kawasan stesen) |
 |
| Ini antara pemandangan di Gua Musang |
Begitulah antara peristiwa yang berlangsung antara perjalanan saya sepanjang 18 jam ini. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang ingin saya ceritakan, namun saya tangguhkan dahulu kerana masa yang agak suntuk. Untuk saya habiskan semua penceritaan saya disini, mungkin akan memakan masa. InsyaALLAh, saya cuba cari masa yang sesuai untuk teruskan penceritaan ini. InsyaALLAH kerana ada antara peristiwa yang menarik perhatian saya untuk dikongsi adalah Pertemuan Dengan Muallaf, Perjumpaan Dengan Sahabat Pondok dan banyak lagi. Alhamdulillah...
Doakan saya ya... Cukuplah buat masa ini dahulu ya. Moga ada isi di dalam penceritaan ini membawa manfaat kepada saya dan juga sahabat semua. InsyaALLAH... amin...