Dari Amiril Mu'minin Abi Hasfh 'Umar Bin Alkhathab Radiyallahu'anh telah berkata : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihi Wassalam bersabda:
" Bahawasanya segala 'amal perbuatan tergantung pada niat, dan bahawasanya bagi tiap-tiap apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya menuju (keredhaan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu ke arah (keredhaan) Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana dunia (harta atau kemegahan dunia) atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya."
Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis: Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari (orang Bukhara), dan Abul-Husain Muslimin bin al-Hajjaj bin Muslim al Qusyairi Annaisaburi, di dalam dua kitab mereka yang paling Soheh di antara kitab-kitab hadis.
rujukan;
Kitab Hadis 40
Keterangan penulis,
Seperti mana yang kita sedia maklum, "setiap amalan itu terletak pada niatnya". Jika baik niat kita itu, maka baiklah hasilnya. Dan jika buruk (tidak baik dan jahat), maka buruk (tidak baik dan jahat) jua hasilnya. Pastinya kita sudah sedia maklum akan hal ini. Saudaraku muslimin dan muslimat sekalian, pastinya kita sedia faham akan hadis pertama dari 40 hadis yang sedia disebut di dalam Kitab Hadis 40. Apa yang ana suka rungkaikan di sini adalah satu persoalan buat kita semua cuba selongkari, cuba dalami dan cuba hayati. Soalan tersebut terngiang berbunyi, " Mengapa perihal niat ini yang menjadi Hadis yang pertama yang dicatit di dalam Kitab Hadis 40?, apakah simboliknya? apakah maksud disebalinya? dan adakah ianya mempunyai kaitan khusus dengan soal akidah? " Tentu sekali jawapan ana disini adalah Ya. Hadis ini membawa pengertian yang cukup jelas buat kita semua dalami dan hayati. Kaitannya dengan ilmu dan perihal akidah cukup tinggi. Bagi memudahan pemahaman kita, ana memberi satu contoh. Dalam pekerjaan kita seharian, pastinya kita merancang terlebih dahulu sebelum merencanakan sesuatu urusan dan tujuan itu. Pastinya begitu bukan? Dari situ sebenrnya, sudah terdetik dan timbul perihal niat itu. Secara mudahnya, apabila kita merasakan untuk minum air, kita pastinya berfikir dahulu, "Hausnya rasa, lepas ni aku nak pergi minum airlah..." Sebenrnya muslimin muslimat sekalian, takkala terlintas perkataan nak pergi minum air ini di hati kecil kita, maka bermulalah perihal niat itu. Dan apa pula kaitannya dengan akidah? Muslimin (termasuk muslimat) sekalian, bila mana kita berniat untuk mengerjakan sesuatu, kita pasti berfikir dahulu akan baik dan buruknya sesuatu itu. Kita pasti pernah terfikir untuk berbuat kejahatan dan memang kita telah berniat pun. Andai kukuh akidah kita, maka terlerailah hajat itu tadi. Kenapa? Kerana kita tahu Allah itu Maha Wujud, Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Segalanya. Justeru, pernahkah kita terfikir, bagaimanakah penghidupan kita untuk hari esok? Maka persiapkanlah diri kita sebaiknya. Saidina Ali pernah menyebut;
"Hidup kita di dunia cuma tiga hari. Hari yang pertama adalah hari yang sebelum hari ini (iaitu semalam atau kelmarin). Hari yang kedua adalah hari semasa (iaitu hari ini). Dan hari yang ketiga adalah hari yang kemudiannya (iaitu hari esok) yang mana belum pasti adakah untuk kita atau orang lain semuanya. Justeru, perkemaskanlah hari ini agar lebih baik dari semalam"... (secara lebih kurang maksudnya)
Apa yang dinyatakan disini adalah, kita sememangnya telah melalui hari semalam dengan penuh bahagia, suka duka dan sebagainya. Pasti ada baik dan buruk yang boleh dibuat pengajaran dan teladan. Apa yang penting adalah dengan memperkukuh dan memperbaiki selengkapnya pegangan akidah kita, amalan dan bekalan kita yang ingin dibawa mati. Ini kerana hari esok adalah belum tentu buat kita atau pun bukan. Ya, memang benar hari esok bakal tiba, namun pastikah kita ia untuk kita? Pastinya kita tidak mampu untuk meramal semua itu. kerana segalanya terletak pada Ilahi, Dia yang menciptakan dan menetapkan segala sesuatu. Mungkin esok kiamat berlaku dan mungkin juga esok nafas kita sudah terkedu. Justeru pertingkatkanlah hari ini semoga lebih baik dari semalam.
Ana rasa cukup dahulu buat qalam yang ini. InsyaAllah, panjang umur kita bersua lagi. Andai ada apa kesilapan harap ditegur agar diri ini dapat diperbaiki.
nukilan;
qalam irama

kecil.jpg)





1 comments:
Salam Bicara
Sahabat sekalian, kita sedia maklum bahawa dalam kehidupan kita seharian pastinya wujud pilihan di balik setiap keputusan yang kita mahu buat baik hela setiap nafas yang hembur masuk ke dalam rongga paru-paru kita. Justeru sahabat,marilah kita semua memohon pada Ilahi Yang Maha Esa, Yang Menjadikan Segala Sesuatu, yang pastinya menjadikan setiap pilihan buat setiap genap hambaNya bagi menilai sejauh manakah Iman kita wahhal Allah Yang Maha Kuasa sedia maklum akan jawabannya berdoa memohon agar setiap pilihan yang dibuat itu berlandaskan lunas Islam dan syara'. Pastinya meniti di balik Al-Quran dan As-Sunnah. InysaALLAH.
nukilan;
qalam irama
Post a Comment