Hadis 3 : Rukun Islam

Dari Abi Abdirrahman 'Abdillah bin 'Umar bin Khatab Radiyallahu 'anhu telah berkata:

... "Dirikanlah Islam itu atas 5 perkara (1) Mengakui bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah Utusan ALLAH (2) Mendirikan Solat (3) Mengeluarkan Zakat (4) Mengerjakan Haji ke Baitullah dan (5) Puasa pada Bulan Ramadhan"

-> Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

rujukan;
Hadis 40
Keterangan Penulis
Assalamualaikum, sebelum ana memulakan bicara dalam perbicaraan juga wardah kali ini, ana memohon berbanyak kemaafan di atas kesunyian dalam tempoh yang agak panjang. Hal ini berlaku disebabkan berlaku sedikit kenkangan dari segi waktu.
... Baiklah, apa yang kita ertikan dengan makna pada kata kalimah "Rukun Islam"? Pastinya semua muslimin jua muslimat sedar bukan bahawa tanpa adanya kesempurnaan di dalam rukun, maka tidak sempurnalah sesuatu itu. Jika kita melirik satu persatu dari perkara pertama hinggalah ke akhirnya hal rukun Islam yang dimulakan dengan mengucap dua kalimah Syahadah, di ikuti dengan Solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, munaikan ibadat puasa dan jua haji. Jika di lihat kepada Hadis kali ini, terdapat persamaan dengan hadis sebeum ini iaitu berkaitan Pokok-pokok Agama Islam. Namun, kali ini, kita akan membicarakan dengan lebi lanjut hal-hal berkaitan rukun Islam dengan lebih dalam sekadar yang termampu.
1. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah
... Justeru, apa yang kita faham dengan kalimah Syahadah itu? Apa yang kita faham dengan kalimah "La ila ha illa Allah, Muhammadur Rasulullah" Apa yang kita ertikan? adakah cukup dengan sekadar melafazkan kalimah di kali bibir tanpa mengiakan dengan hati dan perbuatan?
... Apa yang perlu kita sedar adalah yang pertmanya, kita hendaklah memahami segala isi maksud yang terdapat di dalamnya. Memang cukup sukar untuk diterangkan di sini mengenai kalimah ini. Justeru, ana mencadangkan agar kita semua paling tidak pun hendaklah mempelajari Kitab Sifat Dupuluh.Agar kita memahami segalanya. Melalui kalimah ini juga, kita hendaklah memahami mengenai ilmu Tauhid Rububuyah, Uluhiah dan Asma' Wa Sifat. Kerana semuanya saling bersangkutan dan berkaitan. Susah untuk dijelaskan. Paling penting, ilmu yang berkaitan Tauhid ini hendaklah dipelajari secara besana' ataupun dengan kata lain dengan berguru. Tidak boleh dengan hanya membaca sahaja kerana risau akan terpesong akidah. Dan dalam mencari guru itu, carilah yang benar-benar arif bekaitan dengannya. Antara langkah terbaik adalah dengan memasuki Institusi Pondok. InsyaALLAH.
2. Mendirikan Solat
... Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan juga Isyak mengandungi di dalamnya 2 rakaat, 4 rakaat, 4 rakaat, 3 rakaat dan juga 4 rakaat. Adapun solat-solat ini adalah wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa pun jua keadaannya. Tidak kira secara berdiri, duduk, baring, mengiring, menyinsing, mahupun secara isyarat sekalipun, Solat itu tetap wajib ditunaikan. Bertetapan dengan firman Allah S.W.T dalam Surah an-Nisa' yang maksudnya "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya". Jelas sekali dalam ayat ini menerangkan bahawa solat itu wajib. Ana yakin ramai yang telah tahu berkaitn firman Allah yang menerangkan bahawa "Solat itu menjauhkan kita dari hal yang fahsyak dan mungkar". Namun, jika dilihat kepada realiti hari ini, hal yang sebliknya pula yang berlaku bukan? Ramai yang mengerjakan solat, tapi ramai juga yang melakukan kemungkaran jua maksiat bukan? Siapa yang silap dalam hal ini? Pastinya diri kita sendiri (yakni orang yang mengerjakan solat), andai sahaja kita menunaikan solat, tapi sedikit pun tidak memahami apa itu solat, apatah lagi hendak khusyuk. Bukan begitu kan? Mesti kita ingat, dalam firman Allah yang lain diterangkan bahawa ramai yang bersoalat, tetapi ramai jua yang dihumban ke dalam api neraka. Begitu juga dalam firman yang lain menerangkan, ramai yang membaca al-Quran, namun akhirnya dihumban ke dalam api neraka. Nauzubillah... Jika kita fikir, apa tidaknya, kita bersolat, namun wudu' sahaja pun sudah tidak betul, apakah solat tersebut akan diterima? Kata sahaja berdiri teguh menunaikan solat, namun hati menerewang ke tempat lain, layakkah solat kita diterima? Justeru, ayuhlah wahai hati-hati sekalian (termasuk hati si penulis), marilah kita dalami segala genap ilmu yang bersangkutan dengan Solat dengan kata tidak meninggalkan ilmu-ilmu yang lain. Hendaklah kita mendalami ilmu tauhid, feqah, tasawwuf dan juga ilmu al-Quran serta al-Hadis. Ia hendaklah selari tanpa meninggalkan yang lainnya agar kita menjadi seorang yang arif dan berilmu. InsyaALLAH hendaknya.
3. Mengeluarkan Zakat
... "dan dirikanlah / tunaikanlah solat, dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk (Surah Al-Baqarah; ayat 43)"... Satu firman Allah yang ana rasa tidak asing lagi dengan diri umat Islam. Kenapa kita perlu mengeluarkan zakat? Justeru, hendaklah kita ingat bahawa Islam itu adalah sempurna dari segenap aspek, dari sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Dengan adanya sistem zakat, ekonomi Islam akan terus meningkat dan stabil. Kemiskinan pasti dapat dibasmi, kekayaan pasti diatasi. Dalam dalam firman yang lain "dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi oran miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah al-Ma'aarij, Ayat 23 dan 24)". Setelah begitu banyak firman-firman Allah dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, hendaklah kita mengeluarkan andai telah sampai kaul haknya, setelah cukup syaratnya dan lain-lain hal perlu.
4. Mengerjakan Haji ke Baitullah
... Alhamdulillah dan InsyaAllah, pada tahun ini kedua orang tua penulis bakal mengerjakan haji. Justerupenulis memohon jasa baik sahabat semua untuk mendoakan agar kedua orang tuaku diberi peluang sebaiknya oleh ALLAH, diberikan kesihatan yang walafiat dan dkurniakan haji yang mabrur. Syukran Alaik kepada semua. Ibadat haji merupakan salah satu rukun di dalam rukun Islam yang menjadi wajib ditunaikan ianya bila cukup kadar kemampuan seseorang itu. InsyaALLAH. Apa pun, sementara masa yang masih ada ini, hendaklah kita isi awal-awal ilmu yang berkaitan dengan ibadat haji ini agar tidak tergopoh-gopoh bila tiba waktunya nanti. Hendaklah kita persiapkan diri kita selengkapnya dengan ilmu-ilmu yang mana menandakan kita bersedia untuk mengerjakan ia dan hendaklah kita sentiasa berdoa kepadaNya agar disampaikan hajat kita ini. Dan hendaklah jua kita berdoa agar diberikan haji yang sebaik-baik haji bila tiba masanya kelak. InsyaALLAH
5. Menunaikan Ibadat di Bulan Ramadhan
... Tidak kurang dua bulan dan tidak lebih tiga bulan lagi kita bakal bertemu kembali dengan penghulu segala bulan yakni Bulan Ramadhan. Justeru marilah kita persiapkan diri kita sebaiknya agar kali ini kita mendapat Ramadhan yang terlebih baik daripada yang sebelumnya. Dan hendaklah kita persiapkan dan sentiasa berdoa kepada Allah agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.
Sebetulnya Ramadhn yang lepas, ana mempunyai banyak kisah sedih. Apa lagi, beberapa sahabat ana telah meninggal dunia di malam pertama Ramadhan. Alangkah sedihnya. Marilah kita pohon agar kita dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Rasnya ana tidak berbicara banyak kali ini. InsyaALLAH dalam penulisan yang akan datang, andai diberi peluang, ana akan berbicara khusus mengenainya.
Sekian, wassalam.
nukilan;
pena 'assya @ qalam irama

0 comments:

 
Powered by Blogger