HADIS 5 : BIDA'AH; SATU KEKELIRUAN KEPADA MASYARAKAT?


Dari Ummil Mu'minin ibunya 'Abdillah, 'Aisyah r.a. telah berkata: "Telah bersabda Rasulullah SAW,

" Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami ini, yang tidak kami perintahkan, maka hal itu ditolak. "

Diriwayatkan oleh Imam Bukahri dan Muslim, dan dalam riwayat Muslim:

" Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan yang tidak cocok dengan Syara' kami, maka hal itu ditolak."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

rujukan;

Kitab Hadis 40

Keterangan penulis,

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera ditujukan khas buat semua yang berkunjung ke laman blog ini. Moga kalian diberi kenikmatan dan kepanjangan umur yang berterusan di dalam ibadah dan ketaatan.

          Sebelum ana meneruskan penulisan ana pada kali ini, izinkan dahulu kiranya ana memohon kemaafan dari kalian sahabat dan saudara sekalian kerana agak lama sebenarnya ana menyepi dari penulisan ini. Sebenarnya sekarang ini ana sedang berhadapan dengan Peperiksaan Akhir di universiti tempat pengajian ana. Ana akan cuba untuk luangkan masa bagi berkongsi sedikit ilmu kurnian Ilahi. 

          Terus sahaja kepada topik utama penulisan pada kali ini, iaitu Bida'ah. Apa itu Bida'ah? Apa yang kita faham mengenai Bida'ah? Secara jelasnya, Bida'ah itu adalah mengatakan dan membaharui sesuatu pekerjaan yang tiada ia pada agama Nabi Muhammad SAW sama ada secara iktikad mahupun secara perbuatan. Ini bermaksud, sebarang bentuk perbuatan yang tidak ada di zaman Rasulullah SAW dan dikerjakan oleh Rasulullah SAW namun diadakan di zaman ini merupakan perkaran Bida'ah.

          Sering kali kita mendengar dan membaca daripada buku-buku dan kuliah-kuliah bahawa bidaah itu dikategorikan kepada dua bentuk yakni Bida'ah Hasanah yang beerti baik dan seterusnya adalah Bida'ah Yang Tidak Baik atau Buruk (maaf, ana lupa istilahnya dalam bahasa Arab). Namun sekarang apa yang cuba ana bawakan dan bagitahu adalah, Bida'ad itu boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu Bida'ah Syar'iah, Bida'ah Dholalah, Bida'ah Khabisah dan juga Bida'ah Mungkarah. Setiap satunya mempunyai pendefinisiannya yang tersendiri.

           Terus sahaja kepada hukan hakam di dalam Bida'ah. Secara terperincinya hukum bida'ah adalah terbahagi kepada Hukum 5 iaitu Haram, Makhruh, Harus, Sunat dan Wajib. Dalam sebuah Riwayat Imam Nawawi, kata Sheikh Izzudin Abi Salam :
            "Bida'ah itu atas lima bahagi. Bida'ah yang awal adalah bida'ah wajib, kemudian bida'ah sunat, bida'ah harus, bida'ah yang makhruh dan bida'ah yang haram"

1. Bida'ah Wajib
  • Bida'ah boleh menjadi wajib apabila keperluan dan kepentingannya kepada agama adalah amat penting. Sekiranya ia tidak di buat, maka Islam akan sukar difahami dan disebar dakwahnya. Bilamana tidak wujudnya bida'ah yang sebegini, maka umat Islam akan terus berada dalam keadaan gelap dan dangkal.
  • Antara contoh Bida'ah yang boleh menjadi wajib adalah Mentafsir Al-Quran, Belajar Ilmu Tafsir Al-Quran, Belajar Ilmu Syarah Hadis dan sebagainya. Mentafsir Al-Quran adalah amat diperlukan kerana sekiranya tidak ada tafsir ini, maka Al-Quran sukar difahami. Kita telah sedia maklum bahawa Al-Quran merupakan sumber utama dalam rujukan Islam. Justeru, bagaimana mungkin kita dapat mengamalkan Islam yang syumul tanpa memahaminya dengan sedalam-dalam dan sebaik-nya. Contoh lain juga adalah Belajar Bahasa Arab. Belajar Bahasa Arab boleh menjadi wajib hukumnya bilamana seseorang ingin mempelajari dan memahami Al-Quran secara mendalam. Maklum sahaja Al-Quran diwahyukan dalam bahasa Arab. Lebih lagi mereka yang ingin mengajar dan membuat tafsiran Al-Quran kepada umum. Mereka hendaklah memahami Al-Quran dengan sebaik-baik fahaman supaya apa yang bakal disampaikan tidak lari dari makna dan sifat Al-Quran yang sebenar. Bahasa Arab yang dipelajari pula boleh meliputi sudut Lughahnya, Ilmu Sorah, Ilmu Tasrih dan sebagainya kerana Bahasa Al-Quran adalah amat tinggi tahapannya.
 2. Bida'ah Sunat
  •  Merupakan bida'ah yang baik dan diperlukan. Ia boleh mebantu dalam meningkatkan mutu Islam di damping meningkatkan kualiti penyebaran dakwahnya.
  • Sebagai contoh, pembinaan madrasah adalah satu bentuk Bida'ah yang sunat. Di zaman Rasulullah, tidak ada pembinaan madrasah sebagaimana sekarang. Di zaman Rasulullah, pembelajaran secara formal hanya terbentuk apabila Rasulullah mengumpulkan sahabat-sahabatnya untuk menyampaikan dan menceritakan wahyu yang diterimanya. Meskipun ianya merupakan satu bentuk bida'ah, namun ianya adalah sunat ditubuhkan kerana melaluinya ilmu dapat disampaikan secara lebih efektif dan berkesan. Secara tidak langsung, ilmu Islam akan dapat disebar luas. 
3. Bida'ah Yang Harus
  •  Bida'ah yang harus ini juga merupakan satu bentuk bida'ah yang tidak dilarang dalam agama kerana ianya memberi kebaikan kepada agama. Dengan adanya bida'ah ini, urusan agama tidak terjejas bahkan akan menjadi lebih baik.
  • Sebagai contoh, bersalaman selepas. di zaman Rasulullah, amalan bersalaman selepas solat fardu adalah tidak disunnahkan. Namun, ianya tetap diamalkan kini . Hal ini adalah tidak dilarang di dalam agama kerana amalan bersalaman selepas solat ini akan mampu membina hubungan dan mengikat serta mengeratkan ukhuwah di kalangan umat Islam.
  • Contoh lain yang boleh dilihat adalah memakan makanan yang lazat. Tidak dinafikan bahawa di zaman Rasulullah dahulu terdapat juga makanan yang lazat. Namun Rasulullah tidak merasai semua itu. Baginda hidup dalam keadaan yang cukup sederhana kerana mengabdikan diri kepada Allah SWT. Namun, ia tidak dilarang memandangkan memakan makanan yang lazat serta berkhasiat ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan fizikal yang baik yang mana dapat meningkatkan kesihatan dari sudut fizikal dan mental. Dengan adanya tubuh badan dan minda yang sihat ini, manusia akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah mereka pada Allah SWT.
  • Seterusnya adalah makan di meja makan. Amalan ini juga merupakan satu bentuk bida'ah memandangkan ianya tidak diamalkan di zaman Rasulullah. Meskipun begitu, ia tidak dilarang kerana makan di meja makan ini merupakan satu bentuk kesopanan yang boleh terus dipelihara. Apa yang membuktikan Rasulullah tidak makan di meja makan adalah melalui satu hadis yang bermaksud "Aku Nabi yang bukan raja tetapi hamba yang makan di atas tanah".
  • Contoh-contoh lain adalah dengan memakai pakaian yang baik, mendiami kediaman yang baik dan lain-lain lagi.
4. Bida'ah Yang Makhruh
  •  Dida'ah ini merupakan satu bentuk bida'ah yang dicegah dan dilarang dalam agama. Perbuatannya adalah tidak diamalkan Rasulullah selain menampakkan kesan yang tidak baik kepada Islam
  • Antara contoh yang disebut adalah menghiasi masjid dan mushaf. Adalah tidak menjadi suatu kesalahan jika sekiranya kita menghiasi masjid serta kulit luaran dan dalaman mushaf dengan niat supaya ahli jemaah masjid kian bertambah dan umat Islam semakin bertambah rajin membaca Al-Quran. Namun, yang menjadi persoalannya adalah masyarakat kini hanya tahu menghias masjid tetapi tidak tahu cara mengimarahkannya. Jika bilangan makmun adalah setanding dengan hiasan yang dibuat, maka hal itu tidak mengapa namun jika sebaliknya, maka hendaklah dielakkan dan dijauhi kerana sesuatu yang bersifat kepada makhruh ini adalah tidak disukai oleh Allah SWT.
5. Bida'ah Yang Haram
  • Bida'ah ini adalah haram kerana ia boleh menyebabkan masyarakat terpesong akidahnya selain lari dari syariat serta peundangan Islam.
  • Contohnya, pembikinan pemikiran sekularisme yang mengasingkan agama daripada politik merupakan satu bentuk fahaman yang salah dan bertentangan dengan jaran Islam yang sebanar. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Islam kucar kacir dan wujudnya salah faham di kalangan mereka.
  • Bida'ah lain  yang boleh diperhati dan dilihat adalah apabila perundangan dibina dan dibentuk tanpa berasaskan kepada nas-nas dari Al-Quran dan Al-Hadis.
         Kesimpulannya, dalam membahaskan masalah bida'ah ini, hendaklah kita kembali sebenar-benarnya kepada Islam. Hendaklah kita membuat rujukan kepada rujukan yang telah ditetapkan di dalam Islam. Rujukan utama adalah Al-Quran, sekiaranya tidak jelas maka rujuklah As-Sunnah dan Al-Hadis, sekiaranya tidak jelas maka rujuklah Ijma' Ulama' dan sekiranya tidak jelas maka rujuklah Qias. Moga apa yang dibuat dan dilalui kita dalam kehidupan sehari-hari adalah berlandaskan Al-Quran dan Islam yang syumul. InsyaALLAH.


nukilan ikhlas,
Muhammad Syahir Al-

NOTA KAKI
Penulis merupakan seorang yang masih belajar dan sedang belajar dan akan terus belajar. Sekiranya terdapat
sebarang kesilapan dalam penulisan ini, harap ditegur. Sekian, wassalam, Komen anda amat saya hargai.

4 comments:

sipenggalikubur said...

salam..
mabruk ya akhi..

Anonymous said...

slm ya syeikh, ana nk tnya sbb ana jahil.. jadi yg digembar gemburkn tntg bidaah baca yaasin, tahlil arwah, dan lain2 tu dimasukkan ke kategori mana?

Muhammad Syahir Al-'Assya said...

Wassalam... Sebenarnya konsep membaca Yassin, Tahlil Arwah, dan setengah lagi tu adalah termasuk dalam Bida'ah hasanah... maknanya, baik untuk diamalkan...

Hendaklah difahami bahawa setiap perbuatan itu hukumnya harus. (yang ni dalam satu Hadis Nabi SAW). Justeru, jika betul cara pengamalannya, maka sunatlah hukumnya dan peroleh pahala InsyaALLAH...

namun, jika berlaku salah faham dan sangka seperti mengatakan baca Yassin pada malam Jumaat adalah wajib menjadikan hukum Membaca Yassin pada Malam Jumaat itu menjadi Haram kerana dari situ telah timbulnya fitnah dan domba dalam AGAMA...

Justeru, hendaklah difahami hukumnya sebaik mungkin...

Jika sesuatu amalan itu hanya dibuat berdasarkan adat sahaja (bermaksud, jika tidak buat tidak mendatangkan masalah apa-apa), maka ia menjadi Makhruh jika buat tidak dapat pahala, dan jika tidak buat mendapat pahala. kerana niat kerana ALLAH itu tadi telah bertukar kepada adat semata-mata...

Sebaiknya, saudara bertanya kepada yang lebih arif, kerana ana ini masih lagi belajar dan akan terus belajar. mungkin ada yang ana belum pelajari tentang hukum ini.. jika ada jawapan yang lebih baik dan sohih dan sesuai untuk diamalkan, maka tinggalkanlah jawapan ini... Ingat, Al-Quran itu sumber utama, Hadis kedua dan setrusnya sepakat Sahabat serta Ulama' dan begulah berurutannya....

Muhammad Syahir Al-'Assya said...

Wassalam... Sebenarnya konsep membaca Yassin, Tahlil Arwah, dan setengah lagi tu adalah termasuk dalam Bida'ah hasanah... maknanya, baik untuk diamalkan...

Hendaklah difahami bahawa setiap perbuatan itu hukumnya harus. (yang ni dalam satu Hadis Nabi SAW). Justeru, jika betul cara pengamalannya, maka sunatlah hukumnya dan peroleh pahala InsyaALLAH...

namun, jika berlaku salah faham dan sangka seperti mengatakan baca Yassin pada malam Jumaat adalah wajib menjadikan hukum Membaca Yassin pada Malam Jumaat itu menjadi Haram kerana dari situ telah timbulnya fitnah dan domba dalam AGAMA...

Justeru, hendaklah difahami hukumnya sebaik mungkin...

Jika sesuatu amalan itu hanya dibuat berdasarkan adat sahaja (bermaksud, jika tidak buat tidak mendatangkan masalah apa-apa), maka ia menjadi Makhruh jika buat tidak dapat pahala, dan jika tidak buat mendapat pahala. kerana niat kerana ALLAH itu tadi telah bertukar kepada adat semata-mata...

Sebaiknya, saudara bertanya kepada yang lebih arif, kerana ana ini masih lagi belajar dan akan terus belajar. mungkin ada yang ana belum pelajari tentang hukum ini.. jika ada jawapan yang lebih baik dan sohih dan sesuai untuk diamalkan, maka tinggalkanlah jawapan ini... Ingat, Al-Quran itu sumber utama, Hadis kedua dan setrusnya sepakat Sahabat serta Ulama' dan begulah berurutannya....

 
Powered by Blogger