Manisnya sebuah persahabatan
bukan hanya kerana harta
bukan jua kerana nama
atau jua pangkat
atau lainya
Sahabat itu tinggi nilainya
Sahabat itu manis namanya
Sahabat itu sempurna sifatnya
Jika sekira , ia dihayati sebaiknya
Renungkanlah
di saat engkau kesusahan dialah keluarga
di saat senang dia hanya kawan biasa
kerana dia tidak mahu engkau kecewa
atau susah hanya kerana dia....
Hargailah sebuah persahabatan sementara ada masa
kerana tanpa mereka, siapalah kita???
Alhamdulillah, semalam ana telah berpeluang untuk mendengar kuliah Kitab Bidayatul Hidayah di Radio IKIM yang telah disampaikan oleh Ustaz Md Asham Ahmad. Bertetapan dengan waktu ana mula mendengar radio tersebut semalam, ana telah berpeluang mendengar dan belajar Kitab Bidayatul Hidayah. Tajuk atau bab yang dipelajari semalam adalah Persahabatan. Jadi dari situ beliau telah keluarkan beberapa adab dalam bersahabat sebagaimana berikut ...
Antara adab-adab dalam persahabatan yang telah ana pelajari semalam adalah :-
- Melebihkan sahabat lebih dari diri sendiri. Anatar dalil yang dikemukan dalam Kitab Bidayatul hidayah adalah "Kita hendaklah berikan sesuatu yang kita perlukan lebih itu kepada orang lain" dan "Tak akan sesekali engkau perolehi melainkan engkau memberikan sesuatu yang engkau lebih mencintai". Maksudnya di sini adalah kita hendaklah sentiasa bersikap pemurah dan senang dalam memberi termasuk memberi pertolongan tidak kira masa dan tempat walau dalam apa jua kedaan meskipun takkala itu kita sendiri dalam kesempitan yang teramat. Cubalah untuk bermurah hati, jika tidak mampu, berikanlah pertolongan kepada seorang sahabat itu dengan kadar yang mampu bagi diri kita.
- Keduanya adalah memberikan pertolongan tanpa perlu diminta. Maka seorang sahabat perlu peka terhadap keperluan sahabat itu kerana seorang sahabat mungkin berasa malu untuk meminta pertolongan dari kita. Tidak dapat dinafikan bahawa seorang sahabat sejati akan rasa tidak sanggup apabila terpaksa menyusahkan sahabatnya. justeru, sebagai seorang sahabat, hendaklah kita peka dengan keadaan semasa seseorang sahabat supaya dia dapat dibantu dan kita tidak akan rasa bersalah dikemudian hari.
- Menyembunyikan rahsia seorang sahabat sebagaimana kita jua tidak mahu rahsia kita diketahui oleh seorang yang lain. Sebagai seorang sahabat yang baik, hendaklah kita menjaga rahsia sahabat sebaik mungkin.
- bersambung...
Itulah antara info yang didapati oleh ana semalam dan pengajian berkaitan sahabat ini akan bersambung di minggu hadapan pula...
dari seorang sahabat
Muhammad Syahir Al-'Assya




kecil.jpg)





0 comments:
Post a Comment